Assalamualaikum. Buat semua pelawat muara samudera. Selamat berkenal-kenalan bagi yang baru. Salam ikatan, mengukuhkan silatulrahim buat sahabat-sahabat.
Jika kalian masih mengingat saat detik suka duka zaman persekolahan/maktab kita dahulu tolong tinggalkan no. tel/hp/alamat agar dapat dihubungi.
Semoga persahabatan akan kembali . . . . .
Dilahirkan dua tahun selepas peristiwa berdarah 13 mei, di Kg. Bukit Apeng, Lubuk Buntar, Kedah. Membesar dan mendapat pendidikan awal hinggalah ke menengah rendah di sebuah pekan kecil di utara tanahair ( Changlun ) Pendidikan menengah atas di sebuah sekolah di Seberang Prai Utara yang mengambil sempena nama datuk kepada PM sekarang. Menimba Ilmu keguruan di MPSAH. Mula menabur khidmat bakti di sebuah Tanah Rancangan FELDA di negeri Pahang. Kini sudah 11 tahun kembali menabur keringat di negeri kelahiran sendiri.
No comments:
Post a Comment