Assalamualaikum...
Selawat dan salam ke atas Junjungan kita s.aw.
Sebenarnya akupun tak tahu nak tarok tajuk apa yang tepat tentang apa yang aku sedang fikirkan ni.
Tentunya sahabat-sahabat, yang sedikit terlebih... maupun yang sedikit terkurang usia dengan aku masih ingat perkataan ini "TAWARIKH".Kemudian Yang Bijak, Berfikir - telah mengubahnya kepada "SEJARAH". Mungkin kerana tawarikh ramai yang susah nak mendefinisikannya... susah nak disebut. Tetapi kalau sejarah semua sudah termaklum. Hakikatnya dua-dua sama saja.
Malangnya tiba-tiba entah apa ke jadahnya ( maaf ya Cik Jah, terkasar sikit ) Yang Berfikir, Bijak- telah mencipta pula tawarikh@sejarah baru. Tawarikh tak payah ada sejarah buang terus. Hangpa paham ka apa yang aku cuba selampitkan ni???.Kononnya dialah yang berfikir, bijak- menidakkan usaha yang terdahulu. ( Aku bukannya marah tapi geram.) Cipta satu resepi baru, citarasa baru. Yang dulu dah tak sedap. Ilmu dulu dah tak boleh pakai. Buat apa nak kenang perkara yang dah berlalu. Kita kena pandang ke depan, katanya.... kononnyalah. Maka disediakanlah perencah-perencahnya diadun dengan rempah ratus ribunya. Dan dengan bangganya dia mengistiharkan yang dia telah berjaya mencipta satu resepi baru... kononnya lebih sedap dari resepi dulu. Maka dihidangkan untuk santapan semua nangoi-nangoi.( tau ka apa yang aku maksudkan " nangoi" tu ) Mau ka... tak mau ka... hangpa kena makan. Mak bapak tak boleh kata pa. Cikgu-cikgu jangan menderhaka. Resepi dah dia sedia... apa lagi tiap-tiap hari... cikgu-cikgupun gorenglah, rebuslah, tanaklah menggunakan perencah yang tersedap.... kononnyalah. Suka ka... tak suka ka, kena ikut.
Apa dia nama makanan tu....???? "malA naD aisunaM". Bahasa apa pulak dah... hangpa pikiag la sendiri.
Rupa-rupanya dalam resepi tu baru tauuu... ada milamin. Bila dah lama termakan la ni baru la terperasan. Ramai nangoi yang sakit perut... memulas-mulas. Mak bapak asyik salahkan cikgu... pasai cikgu yang masak makanan tu. Kesian kat cikgu... termasuk la aku. Mak bapak lupaaaaaa... yang resepi dan bahannya disediakan oleh yang berfikir, bijak. Yang berfikir, bijak, tak tau.. la ni baru tau... atau buat-buat tak tau... yang dia tu tak tau.
Dua tiga hari yang lepaih... tiba-tiba yang bijak, berfikir ( mungkin la kot ) - baru terfikir yang dia perlu gunakan resepi dulu... bahan-bahan dulu... masak saja cara baru. yang dah tentu tak dak milamin.
Ingatlah... berfikirlah... jangan gopoh... jangan nak tunjuk yang kononnya kita pandai. Nak buat apapun rancang elok-elok, banyak tanya orang... orang-orang tua terutamanya. Jangan pikiag depa kolot... ketinggalan zaman... Depa nak buat apapun ... depa beristhikharah ...Hangpa buat ikut nafsu...
Ingat... apa yang terjadi hari ini kesan dua puluh lima tahun dulu punya cerita... ada tauuuu kaaaa... tau laaaa!!!
Nak tengok elok jadinya tunggu la dua puluh lima tahun lagi.
Nasihat Hang Nadim... jangan terlampau gila kuasa dan nak menunjukkan kuasa... kononnya kita buat gheja ... takut orang kata kita dok saja... Jadi kita pun pikiag ikut suka...Jadi la carca merba... macammmm la. La ni laaaa... mengonggggg..ngonggg...ngongg.
Wassalam.
Thursday, October 23, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)